RSS

Penawar Duka & Penyakit


Zikir adalah sinaran hati dan wajah. Zikir dapat menjauhkan dukacita daripada hati. Zikir dapat menguatkan badan dan sanubari. Zikir dapat melepaskan seseorang daripada azab Allah S.W.T. Zikir dapat menghidupkan hati,umpama ikan dapat hidup dalam air. Zikir dapat menghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Allah S.W.t. Zikir akan menjadi tanaman di dalam syurga. Ni’mat dan kurnian yang diberikan Allah S.W.T kepada seseorang kerana zikir tidaklah diberikan kepada amal-amal yang lain. “Kegelapan ada lima macam dan lampu baginya juga ada lima lampu iaitu: 1. Percintaan dunia ada lima macam dan lampunya adalah taqwa. 2.Segala rupa maksiat adalah gelap dan lampunya adalah taubat. 3.Kubur adalah tempat gelap dan lampunya adalah La i Laa Ha i Lallah. 4.Akhirat adalah gelap dan lampunya adalah amal-amal soleh. 5.Jambatan sirat adalah gelap dan lampunya ialah yaqin.

 

Leave a comment