RSS

Ingkar Perintah Suami!!!


Ini kisah bukan di Amerika Syarikat, bukan di Iraq, bukan di Palestin, bukan di Zimbabwe atau Mongolia tapi di Malaysia. Seorang anggota polis wanita yang sarat mengandung tujuh bulan cedera dibelasah suaminya yang juga seorang anggota polis.

Kes sebegini sudah menjadi lumrah sekarang. Bukan keluarga polis sahaja ada kes gaduh suami isteri. Keluarga tentera pun ada belasah suami isteri . Keluarga UMNO pun ada belasah suami isteri. Keluarga PAS pun ada belasah suami isteri. Keluarga PKR pun ada belasah suami isteri. Keluarga Jabatan Agama pun ada belasah suami isteri.

Janganlah nak salahkan sesiapa, kerana masyarakat kita sudah hilang punca. Solat jemaah di masjid dan surau bukan jadi keutamaan. Al Quran dan Hadith bukan jadi panduan. Ulamak yang zuhud bukan jadi rujukan.

Isteri yang ingkar terhadap suruha atau larangan suami dikira berdosa atau dikategorikan sebagai isteri nusyuz.Isteri yang ingkar itu telah melakukan Dosa Besar dan Dikutuk oleh Allah SWT serta para malaikat. Jatuhlah hak nafkah pada hari dia ingkar itu. Inilah yang kerap berlaku dalam masyarakat kita tetapi tidak diketahui umum. Kehidupan suami isteri muslim berasaskan kepada iman dan taqwa dan bukan berlandaskan hawa nafsu seks semata-mata.Perhubungan antara suami isteri pula bukan perhubungan antara tuan dan hamba. Malah, ia satu kehidupan yang penuh kasih sayang. Apabila keadaan sedeikian menyelebungi sesebuah keluarga, tidak timbul konsep paksaan yang mungkin dirasai oleh kedua-dua belah pihak terutamanya isteri. Setiap ahli keluarga pasti melaksanakan tangunggjawabnya dengan penuh ikhlas. Sekiranya berlaku sesuatu yang menyebabkan kemarahan suami misalnya, isteri perlulah mencari puncanya dan banyak berbincang secara langsung.

Biarkanlah polis melakukan tugas mereka secara professional. Ahli politik , ahli perniagaan dan sebagainya, janganlah guna polis ini untuk kepentingan peribadi dan kuasa. Polis banyak kerja lain nak buat, yang penting sekali mencegah jenayah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: