RSS

Apakah Jawapan Anda?


Kita seharusnya bersama-sama bermunasbah diri kita selalu , tujuan ana menulis ini adalah untuk kebaikan diri ente sekalian dan ana juga, KERANA ANA BUKANLAH MANUSIA YANG SEMPUNRA  .20 garis panduan yang berbentuk pertanyaan perlulah dimunasabah oleh setiap insan.

1.    Adakah anda telah sempurna menunaikan solat lima waktu sehari semalam tanpa gagal?

2.   Adakah anda termasuk golongan orang-orang yang menunaikan solat secara berjemaah?

3.   Adakah anda seorang yang amat prihatin tentang kejiranan anda atau anda seorang yang tidak menghormati jiran?

4.   Sejauh manakah anda telah mengambil langkah-langkah untuk menunaikan fardu haji?

5.   Sepanjang hidup anda, berapa kali anda telah khatam al-Quran?

6.   Dalam Al-quran terdapat lebih daripada 6000 ayat, berapa banyak yang anda hafal?

7.   Dalam sebulan berapa sumbangan anda untuk kebajikan rakyat?

8.    Berapa ringgit yang anda habiskan sehari untuk rokok?

9.    Adakah anda seorang yang minat membaca?

10.  Berapa jam dalam sebulan anda gunakan untuk membaca?

11.   Dalam satu minggu berapa kali anda menghadiri majlis ilmu?

12.  Berapa orang tokoh-tokoh ilmuan yang anda kenal?

13.  Berapa hadis-hadis Nabi yang anda hafal atau tahu maksudnya?

14.  Berapa jam sehari anda habiskan masa untuk berzikir kepada Allah?

15.  Manusia ada empat kategori:

  • lambat marah cepat maaf
  • cepat marah cepat maaf
  • lambat marah lambat maaf
  • cepat marah lambat maaf

 Dimakah kategori anda?

16  Adakah anda termasuk dalam golongan orang yang selaluberdoa untuk kebaikan ibu-bapa?

17.  Adakah anda seorang yang boleh menerima teguran atau nasihat yang ikhlas?

18.  Adakah anda seorang yang suka mencari kesalahan orang lain dan lupa kesalahan sendiri?

19.  Secara jujurnya, kiralah berapa kali amalan yang ikhlas pernah anda lakukan sehingga kini?

20.  Berapa banyakkah sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w yang anda telah lakukan?

Marilah kita berubah ke arah kebaikan, bermula dari sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: