RSS

Sejarahnya Tercatat: Masjid Tlemcen


Kumpulan Almurabitun mula bangkit di waktu khalifah muslim di utara Afrika hampir runtuh disebabkan terlalu banyak persengketaan dan kerosakkan akibat pencerobohan puak Banu Salim dan Banu Hilal yang merosakkan segala bentuk peradaban.

  Almurabitun telah menubuhkan pemerintahan mereka di wilayah merentasi Senegal di Afrika Barat ke kawasan Merediterrean di sebelah utara, kemudian menyeberang ke Andalusia.Di bawah pemerintahan mereka, wilayah ini yang kaya dengan pelbagai budaya dan bentuk muka bumi menjadi sebuah negara yang bersatu, buat pertama kalinya.

  Malah pemerintahan Almurabitun merebak sehingga ke Timur, memasuki Algeria pada 1080-an, dan sampai sejauh Algiers. Pemimpin mereka, Yucuf bin Tashfine mengasaskan bandar Tagrart yang yang dikenali9 sebagai Tlemcen, pada 1082. Bandar baru ini mula dibuka dengan pembinaan sebuah masjid utama,yang diperintah oleh Ibnu Tashfine untuk menghimpunkan jemaah pada solat lima waktu serta solat Jumaat.

  Malangnya,hampir tidak ada maklumat mengenai masjid asal tersebut. Struktur yang sedia ada hanyalah hasil usaha yang diambil oleh pengganti Yucuf, anaknya Ali (1106-1142). Satu ukiran mencatatkan tarikh 530 H/ 1136, menjadikan masjid itu salah sebuah masjid Almurabitun yang paling baik pemuliharaannya.

Masjid ini dibina dalam bentuk pentagon, kira-kira 60 x 50 meter dan ada dua bahagian utama iaitu Dewan solatnya berbentuk empat segi dengan 13 ruang baris dengan dinding kiblat. Ruang-ruang ini dibina antara arca-arca berbentuk ladam.

  Bantuk-bentuk arca ini menjadi satu ciri penting seni bina Almurabitun, dan sering dilihat di banyak bangunan Magribi dan Andalusia (contohnya Masjid Al-Qarawiyyn di Seville). Ruang tengah adalah berdekatan mihrab dan seperti biasa mempunyai lebih banyak perhiasan. Dua daripada ruang itu juga mempunyai kubah dan salah satunya dibina berhadapan mihrab.

  Kubah tersebut mempunyai 16 kerangka yang berbentuk bintang.Kerangka tersebut dibuat daripada batu yang disusun rapi, tetapi ramai yang menyangka ia diperbuat daripada kayu.Dari luar, teknik pembinaannya mirip Masjid I-Jami’ Isfahan di Iran.Permukaan kubah diperbuat daripada plaster yang diukir indah dengan motif daun-daunan. Manakala tapak kubah yang berbentuk empat segi sama dilitupi dengan cara yang sama seperti Masjid Cordaba. Satu lagi yang dipengaruhi elemen Cordoba ialah mihrabnya yang berbentuk arca ladam dan dihiasi kaligrafi dan permukaan arabesque. Ini tidak menghairankan kerana sumber-sumber sejarah mencatatkan bahawa Yucuf dan anaknya Ali membawa artisan dan arkitek dari Cordoba ke fez.Maka tidak dapat dinafikan terdapat artisan dari Cordoba yang bekerjasama semasa pembinaan Masjid Tlemcen.

  Masjid ini kemudiannya diperbesarkan dari semasa ke semasa, antaranya pada abad ke-13 oleh pemerintah Abd. al-Wadid, Yaghmurasan bin Zayyad pada 1936.Menara empat segi,dikatakan telah ditambah pada tempoh ini.Ia dibina bertentangan dewan solat, seperti di Quairawan dan Kutubiya.   

  Dengan ciri-ciri di atas, Masjid Tlemcen adalah contoh unik di wilayah itu dan di Algeria khususnya. Mengikut sejarah, masjid ini adalah sebuah bangunan Almurabitun yang paling baik dipelihara di Algeria.Secara keseluruhan masjid ini adalah satu masterpiece seni bina. Teknik-teknik yang diperkenalkan dalam pembinaan kubah mihrab adalah paling inovatif.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: