RSS

Ilmu : Adakah Anda Tahu?


Sejarah Penggunaan Tar

PENGGUNAAN TAR (bitumen) telah bermula sejak ribuan tahun sebelum Masihi oleh bangsa Sumeria dan Mesopotamia. Mereka menggunakan tar sebagai lapik tab mandian serta kolam-kolam air di istana dan kuil.                                                                                                                                                         

           Tar yang digunakan terdiri daripada ‘lake asphalt’ seperti dodol dan ‘rock asphalt’ yang keras dan merupakan campuran dari tar, tanah , kapur , dan tanah liat.

Rock Asphalt

Rock Asphalt

 

 

Pertama kali tercatat digunakan sebagai bahan pembinaan jalan di Babylon sekitar tahun 625 SM ketika pemerintahan Raja Naboppolassar sebagaimana yang tercatat dalam inskripsi peninggalannya. Berabad kemudian, Sir Walter Raleigh menyatakan dalam catatanbya (tahun 1595) mengenai penemuan mendapan tar di Trinidad berhampiran pantai Venezuela. Beliau menggunakan tar tersebut sebagai pelapis dinding kapalnya. Pada tahun 1870, pembinaan jalan menggunakan campuran tar telah dilakukan oleh seorang ahli kimia Belgia, Edmund J DeSmedt ketika membangunkan jalan di hadapan balai kota Neward, New Jersey, USA.

        Campuran yang digunakan adalah pasir dan tar alam dari Trinidad. HAsil yang memuaskan menyebabkan para kontraktor jalan memanfaatkan tar sebagai bahan binaan pada setiap projek pembangunan jalan yang diusahakan.

 NABI LUTH A.S

      Nabi Luth a.s. ialah anak sudara Nabi Ibrahim a.s. Baginda mengikuti ajaran agama yang dibawa oleh bapa saudaranya . Baginda menemani Nabi Ibrahim melakukan hijrah serta mengusahakan perternakkan. Setelah mencapai kejayaan dan kekayaan, mereka membahagikan hasil perternakkan itu. Nabi Ibrahim a.s. menjalankan usahanya di sebelah timur Palestin, berhampiran kota Sodom. Ke kota inilah, Nabi Luth a.s. diutus oleh ALLAH SWT untuk membetulkan kaumnya yang sama sekali rosak akhlaknya kerana mengamalkan hubungan sejenis. Oleh sebab tidak mengendahkan peringatan Nabi Luth, kaumnya ditimpa bencana yang dashyat. Keluarganya terselamat daripada hukuman ALLAH SWT kecuali isterinya Walihah yang ingkar. Nama Luth disebut sebanyak 23 kali dalam AL-Quran dan kisahnya terdapat dalam 85 ayat pada 12 surah.

AL-KINDI

    Beliau merupakan seorang ahli falsafah Islam pertama keturunan Arab daripada suku Kindah yang sangat produktif dan menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Ayahnya ialah gabenor Kufah pada zaman pemerintahan Khalifah Abbassiyiah, al- Mahdi (775-785) dan Harun al-Rasyi(786-809). Setelah tamat sekolah rendah, beliau meneruskan pendidikannya di Basrah. Minatnya terhadap falsafah ternyata begitu mendalam, terutamanya ketuka beliau pergi ke Baghdad. Di sana Khalifah al-Ma’mun (813-833) mendirikan Baitulhikmah, pusat ilmu pengetahuan yang menyelenggarakan pelbagai kegiatan ilmiah. Al-Kindi sangat gembira dengan suasana intelektual di kota ini dan turut aktif dalam kegiatan tersebut. Beliau terus menjadi terkenal sebagai seorang sarjana terkemuka Baghdad sehinnga Al-Ma’mun memintanya menyertai Baitulhikmah.Sepeninggalan al-Ma’mun, beliau mendapat perlindungan daripada Khalifah Al-Mu’tasim (833-842) dan Khalifah Al-Wasiq (842-847). Ketika Al-Mutawakkil berkuasa (847-861) beliau diusir daripada istana dan perpustakaan Al-Kindiyah yang menjadi miliknya dirampas.

KORDOBA (CORDOVA)

   Cordova di Sepanyol pernah menjadi ibu kota sebuah kerajaan Islam di bawah pemerintahan Bani Umaiyah.Hal itu terjadi sejak 750 M setelah Bani Abbassiyiah menakluki Bani Umaiyah di Damsyik. Sebenarnya, Islam sudah sampai di Cordova pada 711M lagi setelah Tariq bin Ziyad melakukan perluasan wilayah ke Sepanyol atas perintah Musa bin Nusair, gabenor Afrika Utara ketika itu di bawah pemerintahan al-Walid 1 daripada kerajaan Umaiyah . Tariq dengan mudah menguasai wilayah Sepanyol seperti Toledo, Sevilla , Malaga , Elvira dan Cordova. Ketika itu pemerintahan Bani Umaiyah asih berkuasa di Damsyik, Toledo dijadikan ibu kota Sepanyol. Namun, setelah digulingkan oleh Bani Abbasiyyiah, Bani Umaiyah membina pemerintahan di Sepanyoldan menjadikan Cordova sebagai ibu kota di bawah pemerintahan Abdurrahman al- Dakhil. Sejak itu Cordova mengalami kemajuan.Apabila berlaku perpecahan Islam di Sepanyol, Cordova jatuh ke tangan Kristian dan Islam dihauskan secara paksa. Kini Cordova merupakan ibu kota sebuah wilayah yang mempunyai nama yang sama di Sepanyol.Luas wilayahnya 13727 km dan jumlah penduduknya sekitar 782 000 orang.

Mahmud Syaltut

   Ulama dan pemikir Islam yang terkemuka dan berkaliber di peringkat antarabangsa dari Universiti Al-Azhar Kaherah ialah Mahmud Syaltut. Beliau yakin bahawa ijtihad tetap terbuka dan gigih memperjuangkan cita-cita pembaharuan Islam secara umumnya dan pembaikan Al-Azhar secara khususnya. Syaltut lahir pada 23 April 1893 di Madiniyah Bani Mansur Itai al-Bairud, Bukhairah, Mesir. Semasa berusia 13 tahun, beliau telah menghafal al-Quran dan pada usia 25 tahun, beliau tamat sebagai lulusan terbaik dalam bidang ilmu keislaman di al-Azhar.Beliau seterusnya mengajar di sana.Beliau juga menulis karya dalam bidang syariat , tafsir, hadis, dan bahasa Arab yang menjadikan namanya terkenal di seluruh dunia Islam. Pada tahun 1937, Syaltut mewakili al-Azhar dalam Kongres Antarabangsa tentang Undang-undang di The Hague Belanda, Pada masa itu beliau menyajikan rialah ilmiah tentang undang-undang Islam. Berkat penyertaan itu, kongres membuat kesimpulan bahawa syariat Islam ialah hukum yang berdiri sendiri dan layak dijadikan sumber untuk setiap zaman dan tempat. Sejak itu namanya semakin terkenal di dunia antarabangsa. Nama Mahmud Syaltut sering dikaitkan dengan al-Azhar.Beliau Menghabiskan banyak masa untuk institusi pendidikan itu.

 SAMARRA

   Sebuah kota di utara Baghdad pernah dijadikan oleh kerajaan Abbasiyah sebagai pusat pemerintahan. Kota itu bernama Samarra yang berasal daripada kata Suru Man Ra’a seperti yang tertulis pada mata wang Abbasiyyah. Samarra didirikan di atas runtuhan kota bekas kekuasaan Byzantium yang hancur kerana peperangan. Di bawah kekuasaan Islam, Samarra dibina kembali oleh khalifah pertama Abbasiyyiah, Abu Abbas al-Saffah dan usaha itu diteruskan oleh khalifah Harun al-Rasyid . Namun pembangunan besar-besaran dilakukan oleh khalifah al-Mu’tasim pada 221H/836M. Samarra kemudian menjadi pusat pemerintahan tujuh khalifah Abbasiyyah dan kota kebanggaan dengan istananya yang indah. Namun setelah para kahlifah kembali ke kota lama,Baghdad, Samarra mulai jatuh. Daripada penyelidikan ahli kaji purba didapati bahawa seni bina Islam bermutu tinggi pernah berkembang di Samarra. Pelbagai ubsur dab gaya seni bangunan berpadu dengan perancangan kota Samarra. Contohnya ialah gerbang utama kota yang dinamai Abu Dulaf. Gaya seni bina gerbang ini berbentuk melengkung, tidak membulat seperti biasa(gaya Gothik) tetapi meruncing dan tertumpu pada satu titik. Gaya seni bina ini merupakan salah satu ciri khas dalam Islam.

Pengedar Terbesar

   PT Behastex adalah syarikat pengeluar kain pelikat jenama Atlas yang berasal dari Surabaya, Indonesia. Ia, diasaskan pada 1953 dengan menjadikan sarung pelikat sebagai produk utama. Selain Atlas, beberapa jenama terkenal lain turut dikeluarkan seperti BHS dan Rubat. Kini perniagaan ini diwarisi generasi kedua keluarga itu dan produknya sedang menempa nema di kawasan Asia Tenggara dan Timur Tengah.Sentiasa melakukan penyelidikan dan pembangunan menggunakan kepakaran dari luar negara semata-mata untuk meningkatkan kualiti dan jaminan keaslian produk.

ISYARAT AL-QURAN

Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang pergerakkan permukaan bumi dan gunung.

   ” Dan Dia menacapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu,( dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.(An-Nahl :15)

    “Dan kamu lihat gunumg-gunumg itu, kamu sangka ia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan.(begitulah) perbuatan ALLAH yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (An-Naml:88)

    “Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai tempat tidur, dan gunung-ganang sebagai pasak?” (Surah An Naba’ : 6-7)

CIRI-CIRI ISTERI IDAMAN LELAKI MU’MIN

T      Taat pada suami
A      Allah ditamakan
Q      Quran di junjung
W     Wanita solehah
A      Amanah tunai tanggungjawab
 
 
T       Tunjuk kasih sayang
A       Anak pandai dididik
A       Akhlak mulia
T       Tutup keaiban suami
 
 
S       Solat dijaga
O       Org tua dihormati
P       Puasa dikerjakan
A       Aurat di pelihara
N       Nabi dicontohi

EMPAT SAAT

Empat saat yang selalu diawasi oleh manusia yang berakal.Biar pun dia sibuk dengan urusan-urusan yang lain tetapi tidak sekali-kali manusia lalai dengan empat perkara ini:
1. Saat untuk menyembahkan hajat kepada Tuhannya.
2. Saat untuk  menilik dan menilai diri sendiri.
3. Saat untuk membuka rahsia dirinya kepada sahabatnya yang setia,menyatakan aib-aib dan kelemahan supaya dapat ditegur dan diperbetulkan oleh sahabat setia itu dengan terus terang.
4. Saat untuk bersunyi-sunyi dan bersendirian. Duduk bersoal jawab dengan dirinya menanyakan mana yang baik dan mana yg indah,mana yang sesuai dan mana yang tidak…
Antara semuanya,saat  yang keempatlah saat yang paling penting kerana jiwa kita perlukan istirehat dan hati juga perlukan ketenangan.
Allah telah berfirman : Hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang.

Tinggalkan Lima Perkara
  • Tinggalkan pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.
  • Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.
  • Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.
  • Tingggalkan melihat kekurangan orang lain, nescaya anda akan lebih mengenal kekurangan diri sendiri.
  • Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: